Anda risau dgn ‘recession period’ yg melanda dunia skrg?

Hati anda gundah gulana mendengar berita beribu-ribu org kehilangan kerja dlm masa sehari?

Dalam kita menghadapi ‘recession period’ ini, kita harus bijak mengatur langkah dan memilih masa yang bersesuaian. Tersilap langkah, anda mungkin akan menyesal.

Kini anda diberi satu lagi peluang utk memilih. sekiranya anda org yg kami cari2 selama ini, maka jgn lepaskan peluang ini dan pilihlah dgn bijak.

Jawatan utk diisi: Awek / Makwe / GirlFriend / SoulMate / SignificantOther

Kelayakan: Perempuan/Wanita Single. (Sekiranya anda telah berkahwin/bercadang utk berkahwin, denda RM20 utk McD dan kos perubatan akan ditanggung oleh pihak anda)

Umur: Sudah mencapai akil baligh

Ciri-ciri yang dicari (Job Requirement):

  • Org yg sukakan cabaran. (’Subject-matter’ anda amat mencabar keimanan dan kesabaran anda)
  • Mempunyai minat yg mendalam dlm melakukan aktiviti menonton wayang/berkaraoke/berjalan kaki pusing-pusing shopping mall.
  • Mempunyai kaki yg kuat utk round Sunway Pyramid sekurang-kurangnya 5 kali (minimum requirement) dan tidak marah walaupun tidak membeli ape-ape. (*Nota: Pyramid hanya sbg rujukan shj. Lokasi mungkin akan berbeza-beza mengikut keperluan/mood semasa)
  • Mempunyai kadar pemahaman yg mantap (UPSR - Pemahaman A) kerana ‘Subject-matter’ anda tidak hanya menggunakan bahasa melayu dan english sbg pengantara, tetapi juga bahasa-bahasa isyarat yg tidak diiktiraf dunia. Kadang kala, hanya gelombang otak sahaja yg akan digunakan.
  • Juga berminat dlm pelbagai jenis kek DAN pastri DAN apa-apa hasil tenusu, keju DAN chocolate.
  • Mempunyai ’sense of direction’ yg tinggi. ‘Subject-matter’ anda suka memandu tanpa berfikir kemana hala tuju.
  • Berfikiran positif, baik, jujur, amanah, bla3 (sila rujuk mana2 iklan jawatan yg lain)

Penghuraian Kerja (Job Description):

  • Mengkaji tingkah laku dan memahami ‘Subject-matter’ anda.
  • Memastikan ‘Subject-matter’ anda mendapat kasih sayang yg secukup nya :D
  • Memastikan ‘Subject-matter’ anda tidak berkeliaran berseorangan
  • Memastikan jadual aktiviti sentiasa terisi dgn pengisian tidak kira berfaedah atau tidak.
  • Penyediaan makanan dan servis ‘laundry’ adalah ‘optional’
  • Bersedia utk melakukan ‘mass production’ …. ‘Subject-matter’ anda bercita-cita utk berkeluarga besar, namun bukan skrg
  • Oleh itu, kelebihan melayan kanak-kanak adalah kelebihan yg besar bagi seseorg calon.  (’Subject-matter’ anda juga kdg kala SEDIKIT keanakan) (*Nota: membeli figura robot tidak termasuk dlm sifat2 keanakan, kanak-kanak tidak boleh membeli figura robot dgn gaji sndr)
  • Bersiap sedia dgn pelbagai kemungkinan. ‘Subject-matter’ anda walaupun bijak dgn angka, namun suka meletakkan masa depannya di tangan takdir (malah pernah membuat keputusan berdasarkan panahan petir di angkasa dan arah hembusan angin) Di sinilah cabaran anda utk memastikan kepalenye sentiasa membuat pilihan yang betul.

Kenapa anda perlu memilih kami?

  • Peluang utk menjawat jawatan yg lebih tinggi terbuka luas. Kami juga memerlukan Isteri/TemanSehidupSemati/Wife utk diisi dan masih menunggu calon yg bersesuaian utk diisikan antara mana-mana 4 slot yg ‘available’ (buat masa skrg cadangan masih utk hanya 1 slot)
  • Gaji yg lumayan. 75% gaji ‘Subject-matter’ anda (setelah potongan duit kereta, bil dan tanggungan) Namun kami menggunakan konsep ‘what mine is yours and all yours is mine’
  • Kami menawarkan pakej istimewa yang berkadar langsung dgn masa. Semakin lama perkhidmatan anda, semakin banyak faedah dan kelebihan yang anda terima.
  • Peratusan utk diberhentikan menghampiri 0%
  • Sekiranya anda melakukan tanggungjawab dgn baik dan berkesan, pulangannya pasti lebih besar juga
  • ‘Subject-matter’ anda seorg yg memahami dan sukar utk marah. Kali pertama marah (sesudah mumaiyiz) adalah setelah 20 tahun hidup
  • ‘Subject-matter’ anda suka bermain game dan juga suka bermain. Permainan adalah hidupnya.
  • Saya eh…ehem.. ‘Subject-matter’ anda menyukai pelbagai jenis music
    dan sedikit artistic. Terpulang utk anda utk mengambil kriteria ini sbg
    ‘advantage’ ataupun ‘disadvantage’
  • ‘Subject-matter’ yg penyayang dan kiut jika dilihat dr satu sisi. dan lebih kiut jika dilihat dr sisi lain. (Du~Du~Du~)

Maka, buatlah pilihan anda dgn bijak.

Tarikh tutup permohonan akan diberitahu oleh pihak pengurusan kelak. Segala surat menyurat bolehlah dilayangkan di Friendster ataupun YM.

Terima Kasih diatas masa dan daya tuan/puan/dato/datin/tan sri/puan sri.

Nazmi

(Subject-matter)

Leave a Reply